Malaysia-Mesir komited eratkan hubungan dan kerjasama dua hala

Malaysia-Mesir komited eratkan hubungan dan kerjasama dua hala

MALAYSIA dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu ditekankan dalam perbualannya bersama Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, melalui panggilan video semalam.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baru seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia, dan perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan kedua-dua pihak turut menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia.

“Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia di rantau Afrika,” katanya. – Malaysiapost

Komen