Sulu sasar ‘kacau’ aset negara yang terdedah – Azalina

Sulu sasar ‘kacau’ aset negara yang terdedah – Azalina

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan semua aset negara yang bersifat terdedah berisiko menjadi sasaran ‘Kumpulan Sulu’.

Azalina berkata, ia mungkin menjadi strategi Kumpulan Sulu itu, menggunakan platform timbang tara komersial antarabangsa (forum shopping) dengan mensasarkan aset nasional yang terdedah.

“Mereka ini guna ‘forum shopping’ sebab mereka rasa aset Malaysia mereka boleh kacau.

“Saya bagi contoh sahaja bukan ada kes, macam-macam (aset) boleh jadi sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai isu tuntutan pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu bersama Ahli Parlimen, hari ini.

Azalina berkata, namun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut terhadap aset-aset Malaysia tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh.

Jelas beliau, ia menyebabkan pada 2021, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan penimbang tara dan tindakan yang telah diambil sebelum ini.

Katanya, kes ini merupakan kes luar biasa kerana melibatkan aspek kedaulatan negara dan prosiding timbang tara yang sepatutnya tidak berbangkit (non arbitrable).

“Ketiga, award yang dikeluarkan telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa (international public policy) khususnya melibatkan Malaysia’s diplomatic immunity and jurisdictional immunity (partial award) and sovereignty (purported final award),” katanya. – Malaysiapost

Komen