Angkara ungkapan ‘kera di hutan’, Dewan Rakyat jadi kecoh

Angkara ungkapan ‘kera di hutan’, Dewan Rakyat jadi kecoh

SESI petang Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim didakwa mengeluarkan perkataan tidak berparlimen kepada Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).

Kekecohan bermula apabila Shahidan yang sedang berucap dalam perbahasan, menyamakan Sany dengan kera kerana sering mengganggu perjalanan perbahasannya.

“Saya kesal kepada Hulu Langat yang perangai lebih teruk dari kera di hutan,” katanya.

Sejurus itu, Sany dengan lantang menyarankan Shahidan untuk menarik balik apa yang beliau ungkapkan itu.

“Speaker, dia guna perkataan kera tu. Bagi contohlah pada kami yang baru ni. Minta tarik baliklah. Saya pun dah tak guna perkataan tak elok,” balas Sany.

Suasana Dewan Rakyat terus menjadi semakin tidak terkawal apabila Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki mencelah dan meminta Sany menjaga perangai.

“Perangai tu… Hulu Langat, perangai tu ubah sikit,” kata Misbahul.

Bagaimanapun Sany membidas Misbahul dengan mendakwa beliau pun tidak lagi menggunakan perkataan tidak berparlimen.

“Saya tak cakap dengan Parit Buntar. Saya cakap dengan Arau. Saya tak gunakan perkataan tak elok. Minta Arau tarik balik kenyataan dia,” kata Sany.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudian bertanya sama ada Shahidan mengaku telah mengeluarkan kata-kata yang tidak berparlimen.

Namun, Shahidan menafikan dan berkata, dia cuma menyebut perumpamaan ‘seperti kera di hutan’. – Malaysiapost

Komen