Hujan lebat dijangka berterusan hingga esok

Hujan lebat dijangka berterusan hingga esok

ABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga esok.

Dalam satu kenyataan pada jam 7.30 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pahang membabitkan kawasan Bera, Pekan dan Rompin), selain di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurutnya, hujan lebat berterusan peringkat buruk pula dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

“Manakala hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).

“Keadaan sama dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. – Malaysiapost

Komen