Keluarga terperangkap banjir minta bantuan segera

Keluarga terperangkap banjir minta bantuan segera

SEBUAH keluarga di Kampung Jawa, Chaah Segamat, Johor meminta bantuan segera apabila keseluruhan kediaman mereka hampir ditenggelami banjir seperti video yang tular di media sosial pagi ini.

Pengguna Facebook Azizah Bani, dalam satu hantaran memaklumkan dia dan keluarga kini berada di atas bumbung rumah bagi menyelamatkan diri daripada banjir.

“Bantuan segera diperlukan, banjir. Kami sekeluarga berada diatas bumbung No 46 Jalan Sidek Kampung Jawa Chaah Segamat Johor,” katanya yang turut memuat naik keadaan banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 31 saat itu terdapat kira-kira tiga individu berada di atas bumbung rumah yang dimaksudkan itu dan mereka memohon warga maya membantu untuk memaklumkan keadaan mereka agar bantuan segera dapat diberikan.

“Moga warga satu Malaysia dapat membantu, sebab bantuan tak dapat sampai ke tempat saya. Saya sekarang berada di atas bumbung rumah, harap boleh membantu,” katanya. – Malaysiapost

Komen