Banjir: Kelantan sumbang RM50,000 kepada Johor

Banjir: Kelantan sumbang RM50,000 kepada Johor

KERAJAAN Kelantan menyumbangkan sebanyak RM50,000 bagi membantu rakyat Johor yang sedang diuji dengan musibah banjir ketika ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu sebagai tanda kebersamaan Kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

“Kerajaan Negeri turut bersimpati kejadian banjir yang berlaku di Johor.

“Semoga Allah memudahkan urusan dan memberikan ketabahan kepada semua mangsa yang terjejas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila mangsa banjir terus melonjak kepada 28,099 penduduk daripada 7,805 keluarga yang ditempatkan di 197 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi.

Semua 10 daerah di negeri ini terjejas banjir kali ini, yang disifatkan bencana paling buruk pernah dihadapi negeri itu. – Malaysiapost

Komen