Hujan lebat tahap buruk landa Pahang, Johor sehingga Sabtu
HUJAN lebat tahap buruk dijangka berterusan sehingga Sabtu melibatkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga tarikh yang sama di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Terengganu melibatkan daerah Kemaman; Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); manakala Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).
Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). – Malaysiapost