SPRM tahan Bendahari Agung Bersatu

SPRM tahan Bendahari Agung Bersatu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Bendahari Agung Bersatu, Mohamed Salleh Bajuri bagi membantu siasatan berhubung akaun parti itu.

Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM kelmarin bagi membantu siasatan.

“Beliau kini ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan kes.

“Kita menjangkakan tempoh reman terhadapnya akan disambung selepas tamat hari ini namun bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Mohamed Salleh mempunyai latar belakang sebagai ahli korporat sejak beberapa dekad lalu. Beliau dilantik menjadi bendahari agung parti berkenaan pada 2016.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan Mohd Salleh kelmarin, namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan, beberapa pemimpin kanan Bersatu akan dipanggil SPRM untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pembekuan dua akaun milik parti itu. – Malaysiapost

Komen