244 kes baharu Covid-19, 5 kematian semalam
SEBANYAK 244 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, dengan dua daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,004,565.
Berdasarkan data di portal KKMNow, lima kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam, dengan dua kematian berlaku diluar hospital atau brought-in-dead (BID)
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,965.
Tiada kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kekal 4,997,031 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 9,256 dengan 8,896 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 353 pesakit dirawat di hospital dengan tujuh daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost