34,912 mangsa banjir di 5 negeri terjejas

34,912 mangsa banjir di 5 negeri terjejas

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di lima negeri kini seramai 34,912 penduduk daripada 9,836 keluarga yang dipindahkan ke 255 pusat pemindahan sementara (PPS) di 22 daerah yang terjejas setakat jam 6 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 31,865 mangsa daripada 8,964 keluarga yang ditempatkan di 209 PPS di 10 daerah yang terjejas.

Daerah Segamat merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 11,941 mangsa, diikuti Kluang (5,216 mangsa), Batu Pahat (4,011 mangsa), Kota Tinggi (3,413 mangsa), Muar (2,717 mangsa), Tangkak (1,699 mangsa), Johor Bahru (1,216 mangsa), Kulai (646 mangsa), Mersing (642) dan Pontian (364 mangsa).

Pahang mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi dengan 1,844 penduduk daripada 528 keluarga dipindahkan ke 28 PPS di enam daerah yang terjejas iaitu Rompin (1,190 mangsa), Maran (355 mangsa), Pekan (106 mangsa), Jerantut (96 mangsa), Raub (68 mangsa) dan Bera (29 mangsa).

Negeri Sembilan merekodkan seramai 1,061 mangsa daripada 301 keluarga dipindahkan ke 12 PPS di dua daerah yang terjejas iaitu Tampin (890 mangsa) dan Jempol (171 mangsa).

Sementara itu Melaka mencatatkan seramai 99 mangsa daripada 25 keluarga yang ditempatkan di empat PPS di dua daerah yang terjejas iaitu Jasin (87 mangsa) dan Alor Gajah (12 mangsa).

Manakala Sarawak merekodkan seramai 43 mangsa daripada 18 keluarga yang dipindahkan ke dua PPS masing-masing satu di Sri Aman (25 mangsa) dan satu lagi di Sarikei (18 mangsa). – Malaysiapost

Komen