Gempa bumi kuat landa Kepulauan Vanuatu
TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Kepulauan Vanuatu pada jam 2.04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 507 km Selatan dari Lata, Kepulauan Solomon.
Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook. – Malaysiapost