Idrus Harun dilantik kembali sebagai Peguam Negara
TAN Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa 6 Mac ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu memegang jawatan Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.
Perkhidmatan Idrus kemudiannya disambung setahun lagi yang sepatutnya berakhir pada 6 Mac 2022.
Untuk rekod, Idrus, 67, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu. – Malaysiapost