Kes 1MDB: ‘Ini kemenangan untuk Najib, keluarga’ – Rosmah

Kes 1MDB: ‘Ini kemenangan untuk Najib, keluarga’ – Rosmah

DATIN Seri Rosmah Mansor menyifatkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada suaminya Datuk Seri Najib Razak hari ini sebagai kemenangan buat keluarganya.

“Kemenangan ini bukan hanya untuk suami bahkan untuk keluarga,” katanya.

Beliau bersyukur dengan keputusan yang ditetapkan Mahkamah Tinggi terhadap suaminya yang juga bekas Perdana Menteri terhadap pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini adalah satu kemenangan kepada bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami.

“Datuk (Najib) kata rasa bersyukur, ini adalah satu kemenangan untuk dia. InsyaAllah,” katanya.

Rosmah berkata, keputusan itu juga memulihkan semangat keluarganya untuk terus berjuang.

“Keputusan ini yang kami nantikan bukan sahaja untuk Datuk (Najib) tapi untuk keluarga kami,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini, melepas dan membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan. – Malaysiapost

Komen