MRT laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya 16 Mac

MRT laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya 16 Mac

PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara sehingga Putrajaya Sentral akan beroperasi pada 16 Mac ini.

Pembukaan MRT itu menyusul Laluan Putrajaya Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral yang sudah siap sebelum ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan menerusi Facebook memaklumkan perkhidmatan keseluruhan laluan berkenaan akan bermula jam 3 petang pada hari itu.

“Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Keseluruhan Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara sehingga Putrajaya Sentral akan beroperasi dari jam 3 petang, 16 Mac 2023,” katanya.

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer dilengkapi 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

Jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 orang dalam masa dua tahun. – Malaysiapost

Komen