Wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan arus

Wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan arus

SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Air, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang), berkata maklumat mengenai kejadian diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah pada jam 10.38 pagi daripada Balai Polis Bukit Ibam.

Menurutnya, susulan itu pasukan bomba membabitkan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama bersama satu bot sejurus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pegawai Kanan Operasi, Mohd Munawar Mohd Sarip memaklumkan, seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan lemas selepas dihanyutkan air sungai ketika menyeberangi jambatan gantung berkenaan.

“Pasukan bomba bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan perjalanan ke lokasi kejadian adalah melalui darat dan air berikutan kawasan tersebut terkesan dengan banjir.

“Pencarian mangsa masih dijalankan setakat laporan ini dikeluarkan,” katanya. – Malaysiapost

Komen