204 kes baharu Covid-19 semalam
SEBANYAK 204 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, dengan empat daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,004,765.
Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,965.
Kes sembuh dicatatkan sebanyak 213, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara 4,997,244 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 9,247 dengan 8,909 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 332 pesakit dirawat di hospital dengan enam daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost