Amaran hujan sangat lebat di beberapa kawasan hingga esok

Amaran hujan sangat lebat di beberapa kawasan hingga esok

AMARAN hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dikeluarkan bagi kawasan Rompin, Pahang dan Segamat, Kluang serta Mersing, Johor hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), memaklumkan hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

“Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera, Pahang, diikuti Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan dan Melaka juga hingga esok,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang hari ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Sarawak.

Situasi banjir terkini di beberapa negeri dilaporkan masih membimbangkan, selain seramai 40,648 mangsa daripada 11,776 keluarga terkesan dengan bencana itu setakat jam 6 pagi tadi.

Selangor menjadi negeri keenam selain Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak yang dilanda banjir. – Malaysiapost

Komen