Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 4 negeri 

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 4 negeri 

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri termasuk Sarawak pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga jam 9 pagi.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan-kawasan terlibat.

“Antaranya adalah Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh negeri Melaka.

“Selain itu, di Sarawak melibatkan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong),” katanya dalam kenyataan tdi Facebook hari ini.

Kenyataan itu berkata. amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

Komen