170 kes baharu Covid-19 semalam
SEBANYAK 168 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, dengan dua daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,004,933.
Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,965.
Kes sembuh dicatatkan sebanyak 178, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara 4,997,244 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 9,239 dengan 8,934 atau 96.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 301 pesakit dirawat di hospital dengan empat daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost