Banjir: Johor hargai bantuan Pusat, zahir terima kasih kepada PM

Banjir: Johor hargai bantuan Pusat, zahir terima kasih kepada PM

KERAJAAN Johor menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta untuk keperluan banjir di negeri itu.

Beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada peruntukan segera RM10 juta yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Katanya, Perdana Menteri turut mengulangi pendirian beliau untuk mempercepatkan tender Rancangan Tebatan Banjir di Johor.

“(Selain) mempertimbangkan permohonan-permohonan peruntukan untuk kerosakan jalan, kemusnahan tanaman, ternakan dan sebagainya.

“Memutuskan penambahan segera aset-aset dan pegawai-pegawai di bawah kerajaan Persekutuan untuk hadir membantu,” katanya menerusi Facebook.

Onn Hafiz berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sanggup turun padang untuk menyantuni mangsa banjir di negeri itu dengan lebih dekat.

“Komitmen untuk membantu kerja-kerja pasca banjir. Pelbagai kementerian dan Negeri-Negeri akan turut membantu.

“Menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gemereh dan PPS SJK(C) Kg Tengah, selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Sehingga hari ini, mangsa banjir sudah mencecah 46,000 ribu, dan Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Johor supaya mendengar arahan pihak berkuasa dan terus saling bantu membantu,” katanya.

Terdahulu, Anwar melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, di Segamat, Johor.

Anwar yang tiba kira-kira jam 11.20 pagi di PPS berkenaan, meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu mangsa banjir di PPS itu yang menempatkan 125 penduduk daripada 32 keluarga itu. – Malaysiapost

Komen