Makanan diberi lambat, tidak berkualiti di PPS – Ka Siong

Makanan diberi lambat, tidak berkualiti di PPS – Ka Siong

AHLI Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kecewa kerana mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) lambat diberikan makanan.

Beliau berkata, makanan untuk sarapan pagi hanya tiba di PPS kira-kira pukul 11 pagi dan makanan untuk tengahari pada pukul 2 petang.

Menurutnya, perasaannya bertambah sedih dan terkilab apabila melihat kualiti makanan yang diberikan

“Ada yang mengadu nasi juga mentah. Serius saya terkilan dan cukup sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya juga telah menghubungi menteri yang berkaitan dan memohon tangani isu ini dengan segera. Kasihanilah mangsa banjir yang sedang berdepan waktu sukar ketika ini,” katanya di Facebook hari ini.

Ka Siong yang merupakan Presiden MCA berkata, alangkah baiknya sekiranya mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS bergotong royong memasak makanan daripada menerima makanan yang tidak berkualiti serta lambat itu

“Saya juga mengatakan bahawa jika kontraktor penyedia makanan tidak mampu memikul amanah ini, lebih baik diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.

“Biarlah mereka bergotong royong memasak dengan menggunakan barangan keperluan yang telah pun saya sediakan untuk kegunaan penduduk,” katanya.

Ka Siong telah melawat PPS di Sekolah Agama Taman Kota, Yong Peng yang menempatkan kira-kira 105 keluarga. – Malaysiapost

Komen