Pemandu MPV guna laluan motosikal diburu polis

Pemandu MPV guna laluan motosikal diburu polis

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didapati memandu di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas satu video tular di aplikasi WhatsApp.

“Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada 4 Mac,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-3231 1232 atau tampil di balai polis berhampiran – Malaysiapost

Komen