Jakel bakal tawar harga Rahmah
GEDUNG pakaian terkemuka Jakel bakal menawarkan harga Rahmah kepada orang ramai untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitiri ini.
Berita baik itu disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dan berbincang mengenai perkara berkenaan.
Beliau berkata, berita baik itu akan diumumkannya dalam beberapa hari lagi.
“Saya baharu sahaja mengadakan rundingan dengan Jakel, tunggu sahaja berita gembira untuk rakyat Malaysia ‘shopping’ menjelang hari raya ini.
“Mereka bersedia untuk menawarkan harga Rahmah untuk semua. Tunggukan, saya akan umum dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam klip video di Facebook, hari ini. – Malaysiapost