“Men-U Rahmah RM7, sedap lauknya”

“Men-U Rahmah RM7, sedap lauknya”

SUSULAN kejayaan Liverpool kenduri gol 7-0 ke atas Manchester United awal pagi tadi, media sosial meriah dengan perkongsian mengenai perlawanan tersebut.

Tidak ketinggalan golongan pemimpin yang turut sama ‘membahan’ peminat Manchester United susulan kemenangan luar biasa itu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah menyebut nama bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Kedua-duanya dikenali sebagai penyokong tegar Liverpool.

Dalam hantaran itu, Tengku Zafrul berkata, “Dah lama tak tengok #Liverpool main best macam ni kan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri?”.

Dr Zulkifli kemudian membalas pada ruangan komen yang mengaitkan kemenangan besar Liverpool itu dengan menu Rahmah.

“Men-U Rahmah ni saya jangka RM5 rupanya mahal sikit RM7. Sedap lauknya,” tulis bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Tengku Zafrul kemudian membalas: “Kalau men-U rahmah macam ni, hari-hari makan pun tak jemu.”

Dalam aksi di Anfield awal pagi tadi, Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamad Salah masing-masing menjaringkan dua gol untuk Liverpool, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Roberto Firmino. – Malaysiapost

Komen