Selamat ulang tahun perkahwinan ke-37 Agong dan Raja Permaisuri 

Selamat ulang tahun perkahwinan ke-37 Agong dan Raja Permaisuri 

TANGGAL 6 Mac setiap tahun merupakan hari bersejarah bagi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 buat Seri Paduka berdua. 

Facebook rasmi Istana Negara hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Seri Paduka berdua sempena ulang tahun perkahwinan diraja menerusi satu hantaran.

Turut dikongsikan dalam hantaran itu ialah 10 keping gambar Seri Paduka berdua dengan pelbagai aktiviti bersama termasuk bermain golf, memancing dan berangkat ke majlis rasmi.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah diiringi doa semoga pasangan diraja berkenaan kekal bahagia.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah bernikah 6 Mac 1986 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru telah dikurniakan empat putera dan lima puteri. – Malaysiapost

Komen