Hari ini saya selamat, respon Zahid surat RoS tular

Hari ini saya selamat, respon Zahid surat RoS tular

HANYA jawapan ringkas daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat tular yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di laman sosial, hari ini. 

“Hari ini, saya selamat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. 

Bagaimanapun Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta fokus sidang media itu berkenaan kepada perkara kemajuan desa dan wilayah sahaja.

Terdahulu, surat didakwa daripada RoS berkenaan usul tambahan Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini, tular di media sosial, petang tadi 

Ia ditularkan susulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberi pengecualian kepada Umno berhubung usul berkenaan. 

Dipercayai surat berkenaan disiarkan menerusi Facebook yang dikenali sebagai Planetmalaya, turut memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.

“Ini adalah surat RoS di mana keputusan usul tambahan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah tidak sah,” kata Planetmalaya. – Malaysiapost

Komen