Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini

Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada jam 3 petang, Khamis ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata majlis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4 petang melalui beberapa cara.

“Semakan melalui SMS UPKKNo. MyKid/No. Kad Pengenalan KhasNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. – Malaysiapost

Komen