43,901 mangsa banjir di 3 negeri

43,901 mangsa banjir di 3 negeri

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di tiga negeri yang masih terjejas ketika ini adalah seramai 43,901 penduduk daripada 12,538 keluarga yang dipindahkan ke 204 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah setakat jam 4 petang tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan mangsa seramai 41,053 mangsa daripada 11,727 keluarga yang ditempatkan di 180 PPS di tujuh daerah.

Daerah Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 30,418 mangsa, diikuti Muar (4,153 mangsa), Tangkak (2,522 mangsa), Segamat (1,583 mangsa), Mersing (1,118 mangsa), Kota Tinggi (715 mangsa) dan Kluang (544 mangsa).

Pahang pula mencatatkan seramai 2,250 mangsa daripada 652 keluarga di sembilan PPS di daerah Rompin yang terjejas, manakala Melaka merekodkan seramai 598 mangsa daripada 158 keluarga yang dipindahkan di lima PPS di daerah Jasin. – Malaysiapost

Komen