Ustazah Asma’ tegur trend buat baju raya ketat

Ustazah Asma’ tegur trend buat baju raya ketat

PENDAKWAH bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur pereka fesyen yang dilihat semakin ramai menghasilkan busana raya ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Menurutnya, model muslimah pula akan menggayakan busana berkenaan dengan padanan tudung yang singkat melilit leher.

Beliau yang kesal dengan trend itu berkata, ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.

“Makin ramai pereka fesyen dan model muslimah menggayakan busana raya yang ketat ikut ukuran badan, dipadankan dengan tudung singkat lilit leher, jadi trend.

“Ia jelas bertentangan syariat Islam!. Rosaknya Ramadan kerana Syawal,” tegasnya.

Hanya berbaki 14 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadan yang jatuh pada 23 Mac ini.

Pereka fesyen juga tidak ketinggalan mula berlumba-lumba mempromosi busana raya keluaran mereka.

Di media sosial fesyen baju raya dilihat banyak yang direka mengikut bentuk badan dengan digayakan model muslimah berhijab. – Malaysiapost

Komen