Bersatu ajak penyokong hadir solidariti sokong Muhyiddin

Bersatu ajak penyokong hadir solidariti sokong Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) mengajak penyokongnya hadir sebagai tanda solidariti terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menerusi poster yang dimuat naik di Facebooknya.

Semalam Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mengesahkan beliau diminta hadir ke  Ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11 pagi hari ini.

Berdasarkan poster tersebut, penyokong PN diminta berkumpulan di bangunan ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi dengan memakai pakaian berwarna putih.

“Solidariti untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hadir tanda sokongan dan bantahan terhadap pendakwaan terpilih kepada Pengerusi Perikatan Nasional,” menurut poster tersebut.

Sebelum ini, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu didakwa di mahkamah kerana meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta berhubung program Jana Wibawa. – Malaysiapost

Komen