Cef Ammar di bazar Putrajaya Ramadan ini
BERITA baik buat penggemar menu hidangan Cef Ammar Ali yang menjadi pilihan tiap kali Ramadan, akan berada di Putrajaya tahun ini.
Cef Ammar yang popular dengan hidangan signaturnya iaitu nasi Arab Lamb Shank akan turut serta membuka gerai jualan di Festival Ramadan Putrajaya 2023.
“Yummy….nantikan Nasi Arab Chef Ammar,” tulis Perbadanan Putrajaya (PPJ) menerusi hantaran di Facebook.
Rata-rata pengguna media sosial membayangkan situasi di mana barisan panjang pengunjung yang mahu membeli nasi arab sentuhan Cef Ammar.
Ini kerana, situasi pembeli beratur panjang di gerai Cef Ammar dianggap perkara biasa setiap kali Ramadan di Bazar Stadium Shah Alam.
Malah, pengunjung tidak kisah untuk beratur seawal 3 petang, kerana bimbang terlepas peluang untuk mendapat nasi arab Cef Ammar bagi hidangan berbuka puasa.
“Harap PPJ sediakan kawasan lapang untuk beratur,” kata Abu Ali.
“Kena bagi tapak yang hujung dan orang berates dari luar.. kalau dalam habis ganggu laluan peniaga lain,” ujar Asyraf Ariffin.
“Habislah Putrajaya… jem teruk bazar Ramadan orang nak serbu Lamb Shank Chef Ammar,” kata Asren Azmi. – Malaysiapost