Ramai bantah cadangan TM monopoli 5G
Aiman Hanif
Cadangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani supaya projek 5G diberikan kepada Telekom Malaysia (TM) mendapat bantahan warganet yang menyifatkannnya sebagai satu monopoli.
Rata-rata mereka berpendapat, monopoli projek berkenaan kepada TM akan merugikan rakyat untuk mendapat mutu perkhidmatan yang lebih baik.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research Rais Hussin dalam ciapan di Twitternya menolak projek berkenaan dimonopoli oleh satu pihak saja.
“Tolong jangan ada monopoli lagi, ia mestilah model yang kompetitif.
“Mesti ada pelan peralihan supaya ia tidak melengahkan pelancaran. Saya akan menulis pandangan mengenainya. Tetapi tolong jangan ada lagi monopoli,” ciapnya di Twitter.
Pemilik akaun Twitter @m_ashrafj mempersoalkan mengapa projek berkenaan perlu diberikan kepada TM kerana ia akan mewujudkan monopoli secara total.
“Kenapa lagi dekat TM, TM ada line unifi, akan wujud total ‘monopoly’. Kalau nak bagi dekat TM kerajaan perlu buka semula 5G spectrum kepada semua telco.
“…’Atleast’ DNB tak boleh jual kepada ‘consumer’,” ciapnyan di Twitter.
Pada 6 Mac lalu, Johari yang Ahli Parlimen Titiwangsa membangkitkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB).
Dia mencadangkan TM yang memiliki kepakaran dan kemampuan melaksanakannya untuk mengambil alih tanggungjawab tersebut
Bagaimanapun kenyataan Johari itu mendapat kritikan segelintir pengguna maya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Telco dan juga TM sebelum ini.
Sementara itu, pemilik akaun Twitter @khainiz94 turut tidak menyokong cadangan dikemukakan Johari itu.
“Maaf YB yang ni saya tak setuju, tengok keadaan TM sekarang. Dialah monopoli fiber satu Malaysia, lepas tu nak bagi TM naik kepala lagi urus 5G.
“Unifi pun entah kemana, nak bagi TM lagi,” ciapnya.- Malaysiapost