Siasatan terhadap Muhyiddin akibat dendam, dakwa Saifuddin
SIASATAN kes rasuah terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan parti itu didakwa akibat dendam.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata sebagai kerajaan yang sepatutnya reformis, tindakan itu seperti dendam politik yang tidak seharusnya berlaku.
“Tetapi mereka melakukan perbuatan dendam. Tujuan mereka hanya satu, untuk melumpuhkan PN,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Beliau ditemui media di hadapan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Saifuddin bersama pemimpin dan penyokong Bersatu berkumpul di SPRM Putrajaya sebagai tanda solidariti kepada Muhyiddin yang dijadual memberi keterangan pada jam 11 pagi ini.
Siasatan terhadap Presiden Bersatu itu dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – Malaysiapost