Along dahului saingan Ketua Puteri Umno

Along dahului saingan Ketua Puteri Umno

DATUK Nurul Amal Mohd Fauzi, kini mendahului persaingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri Umno dalam Pemilihan Umno 2023 yang berlangsung hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Umno Online, Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along dalam kalangan ahli Puteri Umno, mendahului undi dengan 19 undi daripada bahagian.

Beliau meninggalkan lima calon lain termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang mendapat 10 undi setakat ini.

Empat calon lain ialah penyandang Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (0 undi); Dr Masliha Harun (5 undi), Fadwah Anuwar (1 undi) dan Nurul Hazwani Haslan (1 undi).

Sementara itu, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najib, antara calon mendahului jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Puteri Umno dengan 32 undi. – Malaysiapost

Komen