Che Ta rai hari lahir ke-50 di kediaman baharu bernilai RM10 juta

Che Ta rai hari lahir ke-50 di kediaman baharu bernilai RM10 juta

PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta bersyukur dapat meraikan ulang tahun kelahiran ke-50 di kediaman baharunya yang bernilai hampir

Menurutnya banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya berjaya siap selepas penantian empat tahun termasuk menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sikit wang ringgit saya laburkan untuk rumah ini.

“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik Covid-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.

“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya memetik Astro Awani.

Lebih manis apabila momen gembira itu dikongsi bersama keluarga apabila Che Ta turut mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal bersama di kediaman baharunya itu.

“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.

“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya.

Pelakon siri Kebaya Kasut Kanvas itu berkata, Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban, namun jujurnya, dia tidak pernah berfikir begitu.

“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain,” katanya.

Che Ta juga mengakui, ibunya juga sangat terbuka dan menyambut baik usaha mengajak ibu mentua tinggal bersama.

Dalam pada itu, saban tahun menyambut ulang tahun kelahiran, Che Ta tidak ketinggalan menganjurkan majlis.

Tahun ini, genap usia 50 tahun, Che Ta menganjurkan sebuah majlis santai bertemakan menuju ke syurga dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota. – Malaysiapost

Komen