Nurulhidayah dikedudukan baik mengisi jawatan Exco Wanita Umno
DATUK Nurulhidayah Ahmad Zahid kini berada dalam kedudukan selesa bagi merebut jawatan Exco Wanita Umno dalam Pemilihan Umno 2023 yang berlangsung, hari ini.
Sehingga jam 10 malam tadi, Nurulhidayah yang juga anak kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada dalam kelompok 20 Exco Wanita Umno.
Beliau mendapat undian daripada 32 bahagian, merupakan yang tertinggi sokongan diperoleh bagi jawatan Exco Wanita Umno setakat ini.
Bagi penggal 2023-2024 ini, Nurulhidayah turut mencuba nasib dengan merebut jawatan ketua Wanita Umno Bagan Datuk.
Sementara itu, anak bekas Presiden Umno Najib Razak, Nooryana pula sedang mendahului bagi jawatan Exco Puteri Umno apabila mendapat undian daripada 78 bahagian.
Turut mendapat jumlah undi yang sama bagi jawatan Exco Puteri ialah Nurul Syifa Ridzwan Goh.
Bagaimanapun nasib berbeza diterima seorang lagi anak Najib, Mohd Naziffuddin yang merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno apabila ketinggalan kepada pencabarnya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.
Mohd Naziffuddin hanya mendapat dua undi setakat ini. – Malaysiapost