Saingan sengit di kepimpinan sayap Wanita Umno
PEREBUTAN bagi kerusi Ketua Wanita Umno menyaksikan persaingan sengit antara dua calon yang bertanding bagi jawatan itu dalam Pemilihan Umno 2023 yang berlangsung, hari ini.
Penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas peneraju sayap berkenaan, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kini terikat dengan lima undi berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Umno Online.
Saingan sengit juga berlaku dalam perebutan jawatan Naib Ketua Wanita Umno membabitkan Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Rosni Zahari, menentang penyandang jawatan, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Masing-masing turut terikat dengan lima undi setakat jam 6.45 petang tadi. – Malaysiapost