Filem Pulau raih kutipan RM500,000 selepas dua hari tayangan

Filem Pulau raih kutipan RM500,000 selepas dua hari tayangan

BIARPUN terpalit dengan kontroversi, filem bergenre seram Pulau berjaya meraih kutipan sebanyak RM500,000 selepas dua hari tayangan.

Golden Screen Cinemas (GSC) dalam kemas kini di Facebook, memaklumkan filem Pulau yang mula ditayangkan pada 9 Mac mencapai kutipan ‘box office’.

“500 ribu dalam 2 hari! Ramai orang dah pergi #Pulau!,” tulisnya di hantaran itu.

Sebelum ini, karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Susulan menerima kritikan dan menjadi perbebatan banyak pihak, kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pengharaman filem itu, yang ditayangkan di 75 pawagam seluruh negara.

Filem yang menampilkan Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Pui Yi dan ramai lagi itu terpalit kontroversi selepas treler yang ditayangkan di YouTube, memaparkan adegan-adegan panas yang tidak sesuai dengan norma budaya Malaysia.

Treler filem Pulau yang mengisahkan kembara sekumpulan anak muda ke sebuah pulau berhantu,

Rata-rata netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim ala Hollywood, selain bercanggah dengan nilai moral bagi filem tempatan. – Malaysiapost

Komen