Kerajaan bangun garis panduan urus tahfiz

Kerajaan bangun garis panduan urus tahfiz

KERAJAAN akan membangunkan garis panduan bertujuan menyelaras dan meningkatkan tadbir urus pengurusan semua maahad tahfiz di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan disediakan melalui Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0.

“Ini bagi membantu pengurus meningkatkan lagi tadbir urus pusat tahfiz lebih teratur dan sistematik.

“Ia sekali gus memastikan pengurusan kurikulum serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membentuk hala tuju pendidikan tahfiz yang jelas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid menghadiri Majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan juga bersetuju menyumbang RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini.

“Semoga usaha ini dipermudahkan Allah dan kita semua mendapat keberkatanNYA,” katanya. – Malaysiapost

Komen