Nurul Amal menang Ketua Puteri Umno

Nurul Amal menang Ketua Puteri Umno

DATUK Nurul Amal Mohd Fauzi menang dalam persaingan enam penjuru jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nurul Amal mendapat 76 undi, menewaskan pencabarnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (31) dan Exco Puteri, Dr Masliha Harun (28).

Sementara tiga pencabar lain ialah, Setiausaha Puteri, Nurul Hazwani Haslan; Fadwah Anuwar serta Ketua Puteri Umno Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin.

Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along bakal mengantikan Datuk Zahida Zarik Khan yang tidak mempertahan jawatan Ketua Puteri Umno kerana sudah melepasi had usia ditetapkan.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Puteri Umno, dimenangi Siti Sokhleha Nordin dengan 97 undi.

Pencabar lain iaitu Setiausaha Puteri Umno, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani memperoleh (41 undi) manakala Ketua Puteri Umno Bahagian Mersing, Rina Farhana Abdullah (28 undi). – Malaysiapost

Komen