6 alasan projek 5G tidak boleh dimonopoli TM

6 alasan projek 5G tidak boleh dimonopoli TM

Kamarul Ihsan

SURAT PEMBACA| Saya berasa terpanggil untuk melontarkan sedikit pandangan ringkas berhubung cadangan supaya pelaksanaan projek 5G diberikan kepada Telekom Malaysia (TM).

Ramai yang menyuarakan bantahan berhubung cadangan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani itu kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya monopoli.

Berikut saya senaraikan enam alasan kenapa pelaksanaan projek 5G tak wajarb diberikan kepada TM.

Pertama:
Projek 5G dikelola oleh Perbadanan Digital Nasional Berhad (DNB) milik Kementerian Kewangan. Pembangunan ini dikongsi bersama syarikat pengendali rangkaian mudah alih termasuk TM.

Kedua:
Tanggungjawab syarikat telekomunikasi. DNB dan Ericssons hanya membangunkan infrastruktur tanpa perlu sebarang modal dari syarikat telekomunikasi.

Ketiga:
Tanpa perbelanjaan modal (CAPEX) melibatkan infrastruktur. MNO dapat menjimatkan kos infrastruktur RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Keempat:
Cadangan untuk TM menggantikan DNB akan memecahkan struktur pemilikan awam swasta (30:70) sedia ada. Malah, pemilikan penuh Industri ini akan memberikan kuasa penuh kepada TM.

Kelima:
Jika TM menanggung kos perkhidmatan, pembiayaan semula kos ini akan dikenakan kepada pelanggang.

Keenam:
Dikhuatiri kesenjangan antara kawasan bandar dan luar bandar tidak akan dapat diatasi seperti internet generasi terdahulu yang belum mencapai 100 peratus liputan seluruh negara.

Oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyerahkan pelaksanaan projek 5G kepada TM.- Malaysiapost

Komen