7 pertuduhan Muhyiddin didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

7 pertuduhan Muhyiddin didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

TUJUH pertuduhan dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipindah dan didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Mahkamah bersetuju untuk dipindahkan kes saya ini ke Mahkamah Kuala Lumpur dan nanti akan ditetapkan tarikh untuk perbicaraan,” katanya kepada media selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi.

Terdahulu Muhyiddin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ketujuh iaitu terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta.

Beliau minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Terdahulu Muhyiddin tiba di kompleks berkenaan dengan ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira jam 8.20 pagi.

Turut hadir memberi sokongan beberapa pimpinan parti antaranya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. – Malaysiapost

Komen