Anwar harap kejayaan Michelle Yeoh beri inspirasi kepada insan seni

Anwar harap kejayaan Michelle Yeoh beri inspirasi kepada insan seni

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Kejayaan itu dicapai menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Perdana Menteri menyifatkan Yeoh sebagai tokoh budayawan dan seniwati.

“Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia memenangi anugerah berprestij itu.

“Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.

“Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Komen