Dr Akmal intai jawatan Ketua Umno Jasin pula

Dr Akmal intai jawatan Ketua Umno Jasin pula

SELEPAS dipilih Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh kini berharap dapat dipilih sebagai Ketua Umno bahagian Jasin pada pemilihan parti 18 Mac ini.

Pada pemilihan sayap Sabtu lalu, Dr Muhammad Akmal memperoleh 119 undi daripada 191 bahagian Pemuda Umno seluruh negara sekali gus dilantik mengetuai pergerakan itu.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau memohon agar diberi kepercayaan untuk mengetuai Umno Jasin pula.

“Alhamdulilah setelah memperoleh kepercayaan dari 119 dari 191 Pemuda Umno bahagian seluruh malaysia untuk mengemudi pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

“Saya mohon untuk meneruskan khidmat di bahagian saya sendiri sebagai Ketua Umno bahagian Jasin bagi sesi yang mendatang ini.

“Nombor calon tak berubah, sama sahaja dengan nombor calon Ketua Pemuda Umno Malaysia sebelum ini iaitu nombor 3,” katanya.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda Umno Jasin berkata sudah tiba masanya suara Umni Jasin berada di dalam biro politik Umno Malaysia.

Pada pemilihan sayap Sabtu lalu, Dr Muhammad Akmal menewsakan dua pencabarnya iaitu Datuk Shahar Abdullah dan Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Pemilihan bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Jasin dijangka menyaksikan saingan empat penjuru antara Dr Muhamad Akmal serta penyandangnya, Datuk Wira Hasan Abd Rahman.

Dua lagi pencabar ialah Adun Serkam, Datuk Zaidi Attan serta bekas Adun Merlimau, Datuk Roslan Ahmad. – Malaysiapost

Komen