Itu bukan kereta saya – Wan Fayhsal
AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan beliau memiliki kenderaan mewah jenis Vellfire ketika hadir ke Mahkamah Shah Alam hari ini.
Bekas Ketua Armada Bersatu itu hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram.
Menurutnya, kenderaan mewah dengan nombor pendaftaran MDN 1 itu bukan miliknya dan memohon pihak yang membuat fitnah agar memohon maaf secara terbuka.
“Jangan fitnah. Itu bukan kereta saya. Saya, YB Dr Radzi Jidin, YB DS Ronald Kiandee ‘carpool’ ke mahkamah.
“Mohd Shah Rim sila tarik balik dan minta maaf secara terbuka sebelum tindakan undang-undang diambil,” tulis di Facebooknya.
Beliau meninggalkan komen di Facebook milik individu dengan nama Mohd Shah Rim yang memuatnaik gambar Wan Ahmad Fayhsal turun dari kenderaan mewah tersebut.
Dalam hantaran itu, Mohd Shah Rim menulis: “Keta (kereta) mewah Wan Fayshal.. MDN1.” – Malaysiapost