Muhyiddin dilepas dengan ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL
BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ,dibenar dilepaskan mengunakan ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin yang diberikan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh, selain menetapkan syarat tambahan untuk Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
“Tertuduh dilepaskan dengan jaminan yang sama untuk kehadiran kes di Kuala Lumpur dan mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke sana,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Lai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.
Muhyiddin diwakili peguam, Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.
Semasa prosiding, Ahmad Akram memohon mahkamah supaya mengguna pakai ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang ditetapkan ke atas tertuduh sebelum ini.
“Saya juga memohon kes ini dipindahkan ke Kuala Lumpur memandangkan ia berkaitan perbicaraan sama serta tarikh sebutan serupa, pada 26 Mei ini,” katanya.
Terdahulu, Muhyddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.
Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Rozilah.
Ia adalah kali kedua Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dihadapkan ke mahkamah.
Jumaat lalu, beliau mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta. – Malayssiapost