Siaran ‘live’ 3 telefon bimbit Shahidan curi perhatian Dewan Rakyat

Siaran ‘live’ 3 telefon bimbit Shahidan curi perhatian Dewan Rakyat

DATUK Seri Shahidan Kassim telah mencuri perhatian Dewan Rakyat kerana menggunakan tiga telefon bimbit untuk bersiaran langsung ketika berbahas. 

Ketika giliran beliau berbahas Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Arau itu telah meletakkan tiga telefon bimbit di hadapannya untuk membuat siaran langsung di tiga saluran media sosial. 

Menurutnya, siaran langsung itu untuk tontonan orang ramai khasnya orang muda. 

Tindakan Shahidan yang menghiburkan itu bagaimanapun tidak mendapat halangan daripada Speaker Dewan Rakyat. 

Dalam sesi perbahasan itu, Shahidan berkata sekiranya kerajaan mampu menyelesaikan isu Beting Patinggi Ali maka pentadbiran Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah kerajaan yang terbaik. – Malaysiapost

Komen