SPRM buru ‘Datuk Roy’ bantu siasatan rasuah Jana Wibawa

SPRM buru ‘Datuk Roy’ bantu siasatan rasuah Jana Wibawa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ bagi membantu siasatan berhubung kes dipercayai membabitkan program Jana Wibawa.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mempunyai alamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan, SPRM menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, Khamis lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Wanita berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek sedang berada dalam reman hingga hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.

Difahamkan, SPRM kini sedang mengesan ‘Datuk Roy’ yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan. – Malaysiapost

Komen