Tiada subsidi, dana awam diberi kepada syarikat pengimport telur

KERAJAAN tidak memberikan subsidi mahupun menggunakan sebarang dana awam untuk diberi kepada syarikat pengimport telur ayam di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarikat pengimport telur ayam itu akan menanggung sepenuhnya sebarang perbelanjaan dan risiko dihadapi.

“Kerajaan hanya memberikan subsidi telur ayam kepada syarikat pengeluar tempatan manakala kebenaran untuk mengimport telur ayam itu hanya bersifat sementara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad turut menjelaskan, kebenaran mengimport bahan makanan itu boleh ditamatkan bila-bila masa sebaik sahaja bekalan telur kembali stabil dan pulih.

Katanya, langkah kerajaan pada 6 Disember lalu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak Oktober lalu.

“Maka kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun ini diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd serta syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan memberi kontrak import telur dari India, secara rundingan terus kepada sebuah syarikat milik peniaga permaidani.

Azmin berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan janji Kerajaan Perpaduan berkenaan tawaran projek menerusi tender terbuka.

Dakwa Azmin, KPKM juga membawa ahli perniagaan terbabit dalam lawatannya ke India sebelum ini.

Sehubungan itu, syarikat yang diberi kebenaran mengimport telur dari India ke Malaysia tersebut mengancam untuk mengenakan tindakan saman terhadap Azmin.

Bagaimanapun pengimport tunggal telur dari India tersebut, J&E Advance Tech Sdn Bhd menafikan dakwaan Azmin mengenai kontrak rundingan terus dan pengecualian keselamatan makanan.

Malah syarikat itu menyifatkan kenyataan Azmin adalah satu pembohongan terang-terangan yang direka untuk mengelirukan masyarakat bagi memesongkan kes jenayah yang difailkan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiapost” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad turut menjelaskan, kebenaran mengimport bahan makanan itu boleh ditamatkan bila-bila masa sebaik sahaja bekalan telur kembali stabil dan pulih.

Katanya, langkah kerajaan pada 6 Disember lalu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak Oktober lalu.

“Maka kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun ini diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd serta syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan memberi kontrak import telur dari India, secara rundingan terus kepada sebuah syarikat milik peniaga permaidani.

Azmin berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan janji Kerajaan Perpaduan berkenaan tawaran projek menerusi tender terbuka.

Dakwa Azmin, KPKM juga membawa ahli perniagaan terbabit dalam lawatannya ke India sebelum ini.

Sehubungan itu, syarikat yang diberi kebenaran mengimport telur dari India ke Malaysia tersebut mengancam untuk mengenakan tindakan saman terhadap Azmin.

Bagaimanapun pengimport tunggal telur dari India tersebut, J&E Advance Tech Sdn Bhd menafikan dakwaan Azmin mengenai kontrak rundingan terus dan pengecualian keselamatan makanan.

Malah syarikat itu menyifatkan kenyataan Azmin adalah satu pembohongan terang-terangan yang direka untuk mengelirukan masyarakat bagi memesongkan kes jenayah yang difailkan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiapost

Komen