223 kes baharu Covid-19 semalam
SEBANYAK 220 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, dengan tiga daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini mencecah 5,006,475.
Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,967.
Kes sembuh dicatatkan sebanyak 193, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara 4,998,845 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 9,380 dengan 9,077 atau 96.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 298 pesakit dirawat di hospital dengan lima daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost